Posted by: albumkasihblog | 19/10/2009

MESYUARAT ALUMNI SMK KUHARA TAWAU

Kepada semua bekas pelajar dan bekas guru SMK Kuhara Tawau ini ada satu berita penting berkaitan dengan penubuhan alumni sekolah…sebagai guru di SMK Kuhara saya di minta tu mendapatkan seramai mungkin bekas pelajar dan untuk hadir ke sekolah. Pada ketetapan berikut;

Tarikh : 24 Oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Kuhara Tawau.

Sila senaraikan nama anda di sini…blog ini juga akan jadi pangkalan sementara informasi berkaitan dengan alumni. Silalah hadir agar kita dapat bersama menjayakan alumni ni. Berikan maklumat anda dgn format ni..

1. Nama anda
2. Tahun Terakhir di SMK Kuhara (kalau ingatlah)
3. Email atau facebook untuk dihubungi…
4. Sekarang ni di mana…Tawau/Kota Kinabalu atau di mana
5. Hadir atau tidak…

Senaraikan…tunggu berita terkini dari saya…wasalam



Posted by: albumkasihblog | 05/10/2009

FOTOTEACHER.COM : Artikal Pencuri Gambar

 Ada beberapa kes yang hangat dibincangkan dalam komuniti fotografi tempatan berkenaan perbuatan mencuri gambar. Apa yang berlaku ialah seorang individu yang tidak bertanggung jawab telah memaparkan hasil karya jurugambar lain dalam laman webnya dan menggunakan foto tersebut seolah-olah foto tersebut adalah hasil karya beliau sendiri. Tiada credit yang diberikan kepada jurufoto asal foto-foto tersebut dan dalam kes yang lebih ekstrim, foto tersebut digunakan sebagai portfolio oleh individu terbabit untuk mendapatkan tugasan berbayar. Kes sebegini berlaku apabila terdapat individu yang ingin mengambil kesempatan dalam dunia digital dan internet. Dengan mencuri gambar orang lain, beliau boleh terus melakukan kempen pemasaran khidmat fotografi walaupun tanpa pengalaman. Apa yang jelas ialah individu sebegini tidak mempunyai cukup pengalaman dalam bidang fotografi tersebut dan perlu bergantung kepada gambar curi. Client beliau juga adalah mangsa penipuan kerana mengukur kemahirannya berdasarkan gambar hasil kerja orang lain. Ada juga rakan yang pernah ternampak foto anaknya yang dia sendiri rakam telah digunakan untuk cetakan umum. Foto tersebut telah dimuat turun daripada lawan web mangsa dan kemudiannya diolah sebelum dicetak untuk tujuan komersial. Ini semua berlaku tanpa izin daripada jurugambar yang juga pemegang copyright karya tersebut. Perkara sebegini memang menyusahkan jurufoto lain terutamanya golongan profesional yang cari makan dengan karya fotografi. Ia juga boleh melibatkan reputasi apabila karya seseorang itu dikaitkan dengan individu yang tidak bertanggung jawab yang mana tindakan penipuan beliau mungkin tidak terbatas kepada portfolio sahaja tetapi juga merangkumi perjanjian dengan client beliau. Terdapat beberapa kaedah untuk mengurangkan risiko gambar dicuri dari internet. Yang terbaik ialah hanya menggunakan laman web sendiri untuk memaparkan karya anda. Dengan laman web peribadi, anda boleh menggunakan flash untuk menayangkan slideshow karya yang mana foto tersebut tidak boleh dimuat turun. Anda juga boleh menggunakan Flickr yang mana terdapat pilihan untuk menggunakan sistem copyright dibawah penyeliaan Creative Commons. Di Flickr anda boleh memilih sejauh mana foto anda boleh digunakan pihak ketiga berdasarkan syarat dan terma lesen copyright tersebut. Penggunaan watermark dan hanya berkongsi foto pada resolusi rendah boleh juga mengurangkan risiko kecurian dan foto anda disalah gunakan. Adakah foto anda juga pernah dicuri? Apakah pandangan anda terhadap penggunaan karya foto orang lain untuk tujuan komersial? Harap dapat kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah ini. Terima kasih. Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM Untuk membaca lain-lain artikel fotografi, sila ke – http://www.fototeacher.com/blog

Posted by: albumkasihblog | 24/09/2009

MUSIM KAHWIN DI TAWAU BERMULA LAGI…

Salam buat teman-teman dan pengunjung blog aku ni…

ya topik saya mulakan dengan perkataan musim…ya kahwin ini ada musim juga macam juga buah durian…tapi durian hari ini sepanjang tahun pun boleh dapat dinikmati. musim kahwin sudah bermula…antara manusia yang sibuk dalam musim ini ialah : tuan punya diri yang nak jadi raja sehari, mak dan pak andam, tukang punya karaoke dan live band, tukang jahit baju dan kasi sewa baju kahwin, tukang video dan orang macam aku tukang tembak pengantin. Dalam sedar tidak sedar sudah masuk 3 tahun aku memburu dan menembak orang kahwin. Terima kasih kepada pelanggan pertamaku di Tawau…Cikgu Agus di SMK Kuhara…(rakan sekerja). Bermula dari beliaulah perniagaanku yang asalnya bertapak di KK berpindah ke Tawau selepas aku ditempatkan untuk mengajar di SMK Kuhara. Daerah kelahiranku yang penuh warna dan cerita.

Musim kahwin datang lagi…selepas raya saja sudah ada 5 tempahan menunggu…4 tempahan di Tawau dan 1 lagi di KK. Alhamdulilah nampaknya albumkasih semakin diterima bukan apa, sebelum ini ada juga perasaan gusar di hati kami bila pembaruan-pembaruan yang bawa tidak akan diterima. Namun semuanya berubah bila tempahan semakin bertambah. Kepada bakal pelanggan albumkasih.com terima kasih kami ucapakan kerana kepercayaan anda.

Antara pembaruan yang aku bawa untuk musim kali ini ialah dari aspek album…albumkasih sudah menawarkan album baru custom album yang diperbuat dari kanvas, kristal kaca, kayu dan magazine. Malah kami menambah pilihan dengan 2 jenis photobook yang sudah pun ditempah oleh pasangan bertunang dan  oleh syarikat perladangan terbesar di Sabah dan Malaysia iaitu Syarikat Sime Darby Sdn Bhd untuk majis berbuka puasa mereka baru-baru ini. Terdapat satu lagi album baru yang dipanggil coffee table bersaiz 7×8 inci.  Album sticky akan saya kekalkan juga untuk musim kahwin kali ini. Kepada bakal pelanggan kami album-album ini boleh anda miliki dengan menempah pakej kahwin kami yang bermula dengan harga RM450.00 sahaja!!!

Bermula dari musim kahwin ini juga albumkasih akan menambahkan lagi teknik fotografi kami dengan sesi penggambaran studio…kami baru saja membeli set lampu studio dengan kekuatan 300 watt dan 4 jenis latarbelakang yang menarik. Sesi penggambaran dalam studio yang kami tawarkan berikutan terdapatnya permintaan dari pelanggan kami yang akan berkahwin pada okt dan november ini. Kami akan membawa peralatan studio ini di majlis anda sekiranya anda inginkan perkhidmatan ini, bolehlah anda dan keluarga bergambar bersama sempena hari bersejarah itu. Tiada tambahan kos tambahan kami kenakan untuk perkhidmatan tambahan ini. Dengan tambahan peralatan studio foto kami akan menawarkan sesatu yang lebih kepada anda.

Dengan album yang berkualti, teknik fotografi yang lengkap, teknik rekaan grafik terkini dan jaminan kualiti terbaik…. kami harap akan dapat memenuhi harapan anda. Ya pastinya juga dengan jaminan harga paling berpatutan….bermula dengan hanya RM450.00 sahaja pakej kami anda boleh miliki!!!

Jika anda berminat dengan seni fotografi kami silalah berhubung dengan kami…SMS pun boleh…013 5566689 Aziz… untuk sesi perbincangan jenis album, perjalanan majlis dan harga kemampuan anda. Terpulanglah kepada anda dan pasangan selepas perbincangan itu untuk menempah atau tidak. Bagi kami jika anda sudi melihat karya dan kualiti kami pun sudah mencukupi. Pakej kami jua kami luaskan kepada majlis pertunangan, aqiqah, konvokesyen sekolah atau praskolah, malah gambar passport dengan lampu studio dan latarbelakang buku-buku pun kami sediakan. Kami masih mempunyai ruang untuk tempahan majlis perkahwianan dan majlis-majlis lain lagi, namun prinsip kami mudah…siapa cepat dia dapat…

pakej lengkap fotografi perkahwinan pastinya di www.albumkasih.com
pakej kahwin di tawau/ sabah , perkahwinan di tawau/ sabah, foto kahwin di tawau/sabah

Posted by: albumkasihblog | 24/08/2009

Koleksi Gambar HDR kami…

minta dan diberi teguran mana yang kurang…baru cuba-cuba..terima kasih

Posted by: albumkasihblog | 20/07/2009

KURSUS FOTOGRAFI DI TAWAU

TARIKH : 14 OGOS – 16 OGOS 2009

HARI : JUMAAT (MALAM) – SABTU DAN AHAD (PAGI)
TEMPAT : TAWAU – SEMPORNA – PULAU MABUL

YURAN : RM300.00 SAHAJA (PENGINAPAN, MAKAN-MINUM, PENGANGKUTAN KE PULAU MABUL,
SIJIL DAN HADIAH MISTERI)

TENAGA PENGAJAR : 3 JURUGAMBAR PROFESSIONAL DARI SEMENANJUNG MALAYSIA
rujuk : http://www.fotoimpian.com, http://www.albumprima.com

antara penyumbang artikal dan gambar untuk majalah pengantin..

FOKUS KURSUS :
1. PENGENALAN ASAS FOTOGRAFI
2. FOTOGRAFI 3D
3. WHITE BALANCE CONTROL
4. COMPOSITION
5. EXPOSURE CONTROL
6. BASIC LIGHTING USING SINGLE FLASH
7. ASAS PEMBIKINAN CUSTOM ALBUM
8. MENJANA PENDAPATAN DENGAN FOTOGRAFI
9. TEKNIK HDR
10. SESI OUTDOOR KE PULAU MABUL
11. Pre wedding…pakaian tradisonal

SASARAN PENYERTAAN: MAKSIMA 15 ORG

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 10 Ogos 2009

BERMINAT SILA HUBUNGI :
AZIZ : 013 – 55 666 89 – TAWAU
MEJ : 013 – 5414 775 – TAWAU
PAK SU : 019 – 227 5577 – K.LUMPUR
MIKE : 019 – 802 3121 – K. KINABALU
ND : 019 – 587 2121 – TAWAU

DIPOSIT RM150.00
BAYARAN PENUH RM300.00 SAHAJA

rujuk maklumat terkini di http://www.albumkasih.com

Posted by: albumkasihblog | 14/05/2009

LAMAN WEB SUDAH DIKEMASKINI…

majalah 6

laman albumkasih telah dikemaskini…pastinya dengan peningkatan jenis pakej dan perkhidmatan kami…malah kamera pun bertambah. semua untuk memperbaiki perkhidmatan kami untuk anda…TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG UNTUK NOV DAN DIS…Jun dan julai sudah hampir penuh..

Posted by: albumkasihblog | 28/04/2009

- RM100.00 untuk Gambar Kahwin!!!

kini RM100.00!!!

kini RM100.00!!!

untuk anda yang memerlukan perkhidmtan fotografi perkahwinan…dapatkan promosi potongan harga RM100.00 untuk bulan JUN ini. promosi ini saya buat kerana sebelum ini saya menolak tempahan kerana kamera saya rosak dan dijangkakan akan ok pada oktober nanti. namun minggu lalu Canon KL telah mengirimkan kamera saya dengan keadaan baik. ini membolehkan saya meneruskan perkhidmatan fotografi untu bulan JUN. tempahlah hari ini…dapatkan potongan sebanyak RM100.00 untuk mana-mana pakej yang saya tawarkan dalam albumkasih.com. untuk pakej asas dari RM550.00 kini RM450.00 sahaja.
cepat untuk 5 tempahan sahaja. bermula dari 28 April hingga 31 Mei 2009.
siapa cepat dia dapat…

Posted by: albumkasihblog | 17/03/2009

SS2988J lupa diri…14 feb jadi hitam

kami hampir terbunuh!!! dek manusia yang lupa diri ini. Pada 14 Feb dalam perjalanan kembali dari mesyuarat PPSB khidmat negara di lahad datu kami bertemu dengan dia. Di pandu oleh Supamin Arifin…seorang pekerja yang memandu kereta bossnya, telah memandu dengan laju dan terbabas. dia dan isteri bersama anaknya terselamat. tetapi kami suami isteri hampir terbunuh. kereta wira 1.5 A yang telah bersamaku hampir 5 tahun hancur tanpa boleh dibaiki lagi. kepalaku pecah berjahit…semalam aku di hospital kunak sebelum aku mohon balik ke Tawau. Manusia ini langsung tidak mempunyai naluri kemanusiaan. Dia langsung melupakan terus kejadian itu, langsung dia tidak bertanya kami hidup atau mati. kami terpaksa memohon kerjasama PDRM kunak untuk mendapatkan no telefonnya. Setelah cuna menghubungi hampir dua minggu. panggilan kami dijawab. Namun manusia yang menjawab adalah pemilik baru no telefon. Jawabnya dia balik ke Indonesia bercuti…!!!!!

Manusia jenis apakah ini… kepala saya pecah berjahit, kereta kami hancur total lost, kamera canonku dan lens bernilai RM9000 rosak. Cuti rehat habis diguna. badan sakit terpaksa solat berbaring. dia sedang berseronok bercuti bersama isteri dan keluarganya….manusia jenis apakah ini…

kami menerima apa yang berlaku dengan tenang kerana sudah jadi suratan dari Allah swt. kepada sesiapa yang bertemu dengannya hati-hatilah…dia mungkin pembunuh anak, isteri, ibubapa, saudara atau diri anda sendiri.

ingat SS2899J….mungkin pembunuh anda!!!

Posted by: albumkasihblog | 02/03/2009

Nasihat :mencari jurugambar majlis perkahwinan

1. Tanya photographer mereka menggunakan digital atau filem SLR

2. Tanya photographer mereka menggunakan kamera jenis ape? Nikon atau Canon EOS – Kedua ini sahaja yg bagus.Selain daripada ini lupakan sahaja kecuali ada photographer senior pakai leica atau pentax. Tetapi wide range of lenses yg buatkan nikon dan canon menjadi pilihan utama
3.  Kalau Canon tanya mereka ada tak mempunya pro Lense siri “L” dalam koleksi lense mereka (kalau ada bagus, kalau takde pun tgk gambar mereka, kalau bagus ada lebih dr 1 lense boleh ambik)
4. Tanya contoh gambar atau galeri online.
5. Bandingkan berape roll? berape 8R? dengan frame atau tidak? Album?Custom Album
6. Tanya photographer coverage majlis? gambar posing je ke? berarak? bersanding?

Memahami Kerja Photographer
Kerja mengambil gambar ini tidak mudah dan tidak pula senang seperti yang disangkakan. Bagi jurugambar yang mengambil keseluruhan majlis seperti saya, ia adalah kerja yang memenatkan kerana semua sesi, nikah, malam berinai, berarak, persalinan akan dirakamkan di dalam album anda. Letih…namun kerjasama dan budi bahasa keluarga pelanggan saya sering menghiburkan hati saya. Keletihan itu bukan dapat dibayar dengan upah yang diberi sebaliknya kepuasan hati pelanggan yang diekspresi ketika menerima albumkasih mereka. Bagi kami, jika diberikan ruang dan peluang untuk mendapatkan shot yang terbaik sudah amat mencukupi tambahan lagi jika dapat pasangan raja sehari yang memberikan kerjasama yang baik. Menikmatilah majlis anda dengan kebahagiaan dan kegembiraan…senyum dan berguraulah dengan pasangan, ibubapa, sahabat atau tetamu yang hadir. Pasti anda akan mendapat gambar yang cantik dan penuh bermakna.

Saya harap dengan adanya artikel ini para pelanggan dan pelawat laman web dan blog albumkasih.com lebih memahami kerjaya seorang photographer majlis perkahwinan dan tahu membandingkan harga dan kualiti gambar.

Posted by: albumkasihblog | 02/03/2009

PAKEJ GAMBAR KAHWIN : mahalkah?

MAHALKAH?

Kenapa ada yang minta mahal atas seribu dan ada pula yang minta murah bawah 500 dan sebagainya? Mengapa dan bagaimana menentukan harga kos fotografi perkahwinan. Saya cuba jelaskan di sini

Harga bergantung kepada kualiti peralatan dan gambar yg terhasil.
Peralatan seperti saya gunakan biasanya di Kuala Lumpur mereka akan menetapkan harga RM1000-RM2000. Tetapi saya di Tawau saya tawarkanlah harga yang wajar bagi orang di Tawau. Ikut orang Tawau : mahu murah dan cantik kalau dapat biarlah paling murah. Jika ada yg menetapkan bawah RM90 untuk 1 roll, kebanyakkan mereka menggunakan album yang diberi percuma dari taukeh kedai, gambar tidak diedit dengan kemahiran grafik, flash pula yang kecik yang ada di badan kamera. Lensa yang digunakan pula yang kit saja dalam 17-55mm F3.5 – 5.6 dengan program auto. Asal terang, imej tajam dan ada sikit komposisi. Tuan punya gambar pun bagi alasan asal ada! kalau kawan tanya kenapa mata kamu merah atau gambarnya kasar dan keras.

Harga selalunya selaras dengan peralatan yang digunakan. Jenama kamera tidaklah menjadi soal pokok kerana setiap jenama punyai kelebihan di bahagian tertentu. Kualiti gambar bagi saya terhasil dari lensa yang digunakan. Jadi tidak hairanlah jika kamera hanya berharga RM3000 tapi lensanya berharga hampir RM30,000. Lensa yang baik diukur dengan kesan yang terhasil. Lensa yang baik untuk perkahwinan atau gambar potret mempunyai F : 1.4, 1.8, 2.0, 2.8 dan 4L yang selebihnya bergantung kepada penggunaanya. Kesan F 2.8 contohnya menghasilkan bokeh atau kawasan kabur di bahagian belakang subjek utama. Namun harga lensa sebegini selalunya lebih, anggaran RM2,000 hingga 30,000. Namun penggunaannya adalah sangat-sangat berbaloi kerana menghasilkan keindahan sekeping gambar.

Jadi janganlah hairan jika pakej gambar anda menjadi mahal kerana peralatan yang digunakan hampir RM10,000 hingga 15,000. Keselesaan kereta kancil pastinya tidak akan sama dengan kereta limo…

Selain Lensa, Flash juga penting
Jika jurugambar anda menggunakan bulit in flash yang ada pada kameranya, gambar yang dihasilkanya akan mempunyai bayang hitam yang amat jelas di belakang subjek yang dirakamnya. Dalam dunia fotografi ia digelar “hantu di belakang”. Ia sering berlaku bila merakam gambar pada waktu malam atau indoor. Mereka akan sering menaikkan kepekaan ISO kamera ke 800 atau 1600 yang pastinya menghasilkan noise yang sangat ketara. Oleh itu pastikan jurugambar anda mempunyai flash yang sesuai. Bagi kamera nikon SB600, 800 atau 900, manakala untuk kamera canon pula 430EX, 580EX atau 580EX II. Kesan dari kebijaksanaan dan kreativiti penggunaan flash sebegini akan menghapuskan bayang hitam manakala gambar pula akan kelihatan natural. Harga pasaran bagi flash sebegini pula biasanya dalam anggaran RM1000 hingga 2500.00. Bagi jurukamera yang biasa menggunakan lampu studio pula akan mengangkut segala keperluan studionya ke majlis anda. Namun penggunaannya sering membataskan pergerakan dan memakan ruang pula. Pencahayaan yang baik akan menghasilkan gambar yang lembut tanpa noise.

Kemahiran seni rekaan grafik
Dunia fotografi hari ini tidak dapat dipisahkan dengan manipulasi seni rekaan grafik. Perisian Photoshop adalah perisian yang memonopoli seni ini. Penggunaannya telah mengantikan penggunaan darkroom SLR. Seorang jurugambar akan menghasbiskan masa berjam-jam malah ada yang berhari-hari untuk menghasilkan gambar dengan rekaan grafik yang menarik dan kreatif. Ia adalah tugas seorang jurugambar yang tidak anda nampak namun sangat penting untuk memberikan kesan terbaik. Ia mungkin boleh menjadi satu kelebihan kepada seseorang jurugambar tetapi janganlah rekaan grafik melebihi keindahan gambar hingga kelihatan janggal pula. Secukup rasa sajalah. Jika rekaaan grafik ini tiada di gambar anda lihatlah harga yang anda telah bayar. Saya sering mengambil potongan hadis, al-quran, pantun nasihat, bidalan melayu atau ungkapan dalam bahasa melayu bagi melengkapkan rekaan grafik untuk pelanggan-pelanggan albumkasih.com. Pastinya ia akan memberikan makna kepada sesiapa yang membacanya dan nilai gambar juga akan meningkat.

Pakej dan Upah
Pakej juga mengambil peranan dalam penetapan harga. Jika ada custom album terlibat dalam pakej, anda akan dapati harga servis menjadi mahal. Ini kerana photographer mengambil upah mesusun atur gambar dan edit untuk menjadikan satu album penuh.Upah custom album ditetapkan dari RM400 sehingga paling mahal RM800. Bagi album berpelekat biasanya pakej yang ditawarkan antara RM500 hingga RM750 manakala bingkai gambar pula mengikut saiz dan kemasan bingkai. Saya sering menetapkan bingkai kayu dengan kemasan warna emas ala inggeris untuk pelenggan albumkasih. Harganya pasti lebih sedikit namun sangat berbaloi dengan nilainya kepada anda tambahan pula gambar yang cantik dan komposisi yang menarik.

Berapakah upah untuk seorang jurugambar? Kalau di semenanjung Malaysia RM500 untuk 3 hingga 5 jam majlis atau tempoh perkhidmatan. Bagi di daerah ini pula RM350 untuk keseluruhan majlis; nikah dan persandingan kadang-kadang lebih 12 jam! Letih…kamera pula berat hampir 2 kilo tergantung di tengkuk. Kadang-kadang fikir tidak berbaloi…namun kerana cinta dan minat yang mendalam rasa letih ditolak ke tepi. Sering juga terfikir bagaimana seorang jurugambar meletakkan harga RM60-90 untuk 1 roll. Lebih berbaloi rasanya ambil gambar landskap dan jual di internet.

Older Posts »

Categories