Posted by: albumkasihblog | 17/03/2009

SS2988J lupa diri…14 feb jadi hitam

kami hampir terbunuh!!! dek manusia yang lupa diri ini. Pada 14 Feb dalam perjalanan kembali dari mesyuarat PPSB khidmat negara di lahad datu kami bertemu dengan dia. Di pandu oleh Supamin Arifin…seorang pekerja yang memandu kereta bossnya, telah memandu dengan laju dan terbabas. dia dan isteri bersama anaknya terselamat. tetapi kami suami isteri hampir terbunuh. kereta wira 1.5 A yang telah bersamaku hampir 5 tahun hancur tanpa boleh dibaiki lagi. kepalaku pecah berjahit…semalam aku di hospital kunak sebelum aku mohon balik ke Tawau. Manusia ini langsung tidak mempunyai naluri kemanusiaan. Dia langsung melupakan terus kejadian itu, langsung dia tidak bertanya kami hidup atau mati. kami terpaksa memohon kerjasama PDRM kunak untuk mendapatkan no telefonnya. Setelah cuna menghubungi hampir dua minggu. panggilan kami dijawab. Namun manusia yang menjawab adalah pemilik baru no telefon. Jawabnya dia balik ke Indonesia bercuti…!!!!!

Manusia jenis apakah ini… kepala saya pecah berjahit, kereta kami hancur total lost, kamera canonku dan lens bernilai RM9000 rosak. Cuti rehat habis diguna. badan sakit terpaksa solat berbaring. dia sedang berseronok bercuti bersama isteri dan keluarganya….manusia jenis apakah ini…

kami menerima apa yang berlaku dengan tenang kerana sudah jadi suratan dari Allah swt. kepada sesiapa yang bertemu dengannya hati-hatilah…dia mungkin pembunuh anak, isteri, ibubapa, saudara atau diri anda sendiri.

ingat SS2899J….mungkin pembunuh anda!!!

Posted by: albumkasihblog | 02/03/2009

Pertanyaan dan Tempahan

Buat anda yang berminat untuk membuat tempahan untuk majlis raja sehari anda, sahabat atau keluarga…bolehlah berbuat demikian melalui laman blog ini.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai pakej, harga malah tentang seni fotografi atau seni visul saya akan cuba menjawabnya…tanya saja di sini.

Buat kawan-kawan yang mahu melihat hasil terkini fotografi kami…tunggu di sini

Categories